CARTA HATI !

Wednesday, December 19, 2012

Takdir. CH

 

Bismillahhirrahmanirrahim, Assalamualaikum Carta Hati ;)



Semua pengalaman pasti ada permulaan, setiap yang berlaku ada kebaikannya harus pejam mata dan cuba apa saja.

jangan terlalu berharap untuk jadi no satu dalam hidup seseorang. sedangkan dalam hidup anda. dia bukan yang pertama.

 kita sedih bila cinta kita ditolak . tetapi kita tidak pernah tahu yang dalam kesedihan itu . Allah selitkan kebahagian untuk kita.

belajarlah untuk melepaskan sesuatu itu dengan redha, mungkin itu yang terbaik untuk DIA dan KITA.

kerana kehilangan akan mengajar kita erti menghargai,maka hargailah selagi mereka masih ada disisi anda.

Ya Allah, Ku tahuKu adaMU. Disisi ku selalu. Bantulah hambamu mencari keredhaanMU.

"Bila indah jadi nyata, semua pasti bermakna. Kerna itu ku masih bertahan walau tak upaya"

I'm sorry but I love you
I'm sorry if I miss you
Even if I can't have you
You'll know I always be there for you
You don't know how long I have waited for you carta hati.





Saturday, December 15, 2012

Keberkatan.




Tingkatan 2 Cemerlang.

Suatu hari, seorang guru perempuan menyoal seorang anak muridnya dalam kelas. Sengaja nak disoal memandangkan murid tersebut nampak tersengguk-sengguk mengantuk. Masa tu belajar tentang asas-asas pertolongan cemas.

Cikgu: "Samad, bangun."

Samad: "Ya, cikgu."

Cikgu: "Kenapa awak pakai kopiah? Kawan-kawan awak semua tak pakai."

Samad: "Kenapa dengan kopiah saya?". Mamai-mamai sedikit murid tersebut.

Cikgu: "Cikgu rasa rambut atas kamu botak ni..sebab tu kamu pakai kopiah kan?"

Riuh satu kelas gelakkan Samad. Samad yang tadi mengantuk terus segar bugar kembali matanya.

Samad: "Cikgu pula kenapa tak pakai tudung? Cikgu tahu tak sebenarnya rambut saya ni ada kutu, kalau kutu ni melompat pada rambut cikgu macam mana? Sebab tu saya pakai kopiah, utk kesejahteraan orang lain."

Riuh sekali lagi kelas dengan gelak-ketawa pelajar. Guru perempuan tersebut merah padam mukanya.

Cikgu: "Dah, dah. Kalau kamu tak berjaya jawab soalan cikgu ni, kamu berdiri di luar kelas sampai balik!"

Samad: "Baik, cikgu."

Cikgu: "Soalannya, kalau kamu berada di sekolah dalam sebuah bilik berukuran luasnya 9 depa lebar dan 12 depa panjang, (maksudnya still ada ruang melepaskan diri) kemudian seekor ular telah masuk dalam bilik tersebut. Anda pula seorang diri. Apakah tindakan anda ?

A) Mendiamkan diri sampai ular tu keluar.
B) Pukul dengan batang penyapu.
C) Menjerit minta tolong
D) Lari keluar minta pertolongan dari tukang kebun

Samad: " (B) cikgu! Pukul dengan batang penyapu."

Cikgu: "Salah! Jawapannya D. Sebab kalau kamu pukul sendiri, kalau tak kena macam mana? Bahaya pada diri kamu. Baik, sila berdiri di luar kelas! Now!"

Samad: "Nanti, cikgu. Saya juga ada soalan untuk cikgu. Kalau cikgu tak boleh jawab, saya tak perlu berdiri di luar. Boleh?"

Cikgu: "Errmm..baiklah."

Samad: "Soalannya, kalau cikgu berada dalam sebuah bilik yang berukuran 100 cm lebar X 170 cm panjang X 120 cm tinggi. Kemudian bilik itu jadi kecik lagi dengan 50 cm lebar X 170 cm panjang x 55 cm tinggi. Cikgu sekarang berada dalam bilik yang kecik sekali tu. Kemudian masuk ular besar dalam bilik kecik tu. Bilik itu pula ditutup rapi. Apakah tindakan cikgu?

A) Menjerit minta tolong, telefon bomba
B) Tendang ular tu sampai mati
C) Cuba keluar dari bilik tu dengan sedaya upaya.
D) Bertaubat dan pakai tudung."

Cikgu: "Apa maksud kamu ni?! Dah, cikgu tak nak jawab soalan mengarut kamu ni! Pergi berdiri di luar sampai balik!"

Samad berjalan keluar dan berdiri sampailah loceng akhir berbunyi. Dilihatnya cikgu perempuan tadi marah-marah dalam kelas sambil beritahu pelajar jangan tiru perangai kurang ajar seperti Samad, tak berkat ilmu.

Samad berfikir dalam hati, "Berkat ke jika tak ikut suruhan Allah?"

Tuesday, December 11, 2012

fall for you CH

kadangkala orang yang mencintaiMu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padaMu..

kerana orang itu takut Kau berpaling dan menjauhiNya..

Dan bila di suatu masa Dia hilang dari pandanganMu..

Kau akan menyedari Dia adalah cinta yang tidak pernah Kau sedari..