CARTA HATI !

Monday, November 26, 2012

badly broken english.

opss...



Pada suatu hari, Leman si jejaka kampung ke lapangan terbang untuk mengambil saudaranya. Leman sampai di lapangan terbang awal dari masa yang sepatutnya. Sedang dia menunggu, ada seorang mat salleh bernama Peter duduk di sebelahnya lalu menyapa Leman ;
Peter : Hi, Im Peter from UK.
Leman : H..hai. I from Kampung Batu Sapi.
Leman gusar kerana dia tidak fasih berbahasa Inggeris. SPM dulu pun gagal. Tiba-tiba Leman teringat pesan guru bahasa Inggerisnya dahulu, ‘Jika kamu tak fasih berbahasa Inggeris tak mengapa. Untuk permulaan, cukup sekadar apa yang kamu cuba sampaikan itu dapat difahami. Dan yang penting, keyakinan mesti ada dalam diri ! Jangan malu. Yakin !’ Ya, yakin ! Leman pun memulakan bicara ;
Leman : You hungry ? *bangga seketika rasa hati Leman, pandai juga dia berspeaking.
Peter : Oh yes.
Leman : I like chicken village. Here have chicken village? I want to eat. (Saya suka ayam kampung. Sini ada ayam kampung? Saya nak makan.)
Peter : ?
Leman : You never feel? It is delicious and burrrrrbbbb (mengenyangkan) If you want to feel, you have to umbrella me. I don’t have money. (Awak tak pernah rasa? Ianya sedap dan burrrbb. Kalau awak nak rasa, awak kena payung saya. Saya tak ada duit. )
Peter : Chicken village? Feel? Umbrella? I don’t understand. I'm sorry.
Leman : Hey ! See very the cheat ! You don’t pee me. You white people, you must understand. Even I not white but sawo matured, I understand English ! Dont pretend stupid. (Hey ! Nampak sangat menipu. Kau jangan kencing aku. Kau orang putih, kau mesti faham. Walau aku tak putih tapi sawo matang, aku faham English ! Jangan pura-pura bodoh.)
Peter : Huh??
Leman : If you don’t want to umbrella me, you say lah. Don’t huh-huh to me. White people rich but kedekut shit nose salty ! What too cannot ! (Kalau kau taknak payung aku, kau cakap lah. Jangan huh-huh kat aku. Orang putih kaya tapi kedekut taik hidung masin ! Apa pun tak boleh !)
Leman terus berlalu dengan marah meninggalkan si mat salleh terpinga-pinga.

 koleksiceritalucu.com

3 comments: